Sunday, 13 May 2012

Kanser Serviks

TANDA DIJANGKITI HPV

Kebanyakan individu yang dijangkiti atau terkena infeksi HPV ini boleh dikenalpasti apabila ujian pap (Pap Smear) yang dilakukan tidak normal keputusannya.

 Ujian Pap Smear merupakan sebahagian ujian ginekologi yang membantu dalam mengesan sel tidak normal dalam serviks sebelum berubah menjadi pre-kanser atau kanser serviks.

Kebanyakan pre-kanser serviks (boleh berubah menjadi kanser) mempunyai kaitan dengan HPV dan boleh dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal. Sebab itulah ujian awal amat diperlukan.


SIMPTOM KANSER SERVIKS
  1. Pendarahan yang tidak normal – Perempuan yang dijangkiti kanser serviks mungkin mengalami pendarahan vagina yang tidak normal. Ia boleh terjadi dalam kuantiti yang sedikit atau banyak. Pendarahan ini bukanlah kitaran haid biasa. Ia juga boleh berlaku secara berpanjangan.
  2. Keluar cairan yang banyak dan tidak normal – Pertambahan pengeluaran discaj yang berbau, cair, banyak, tebal atau yang mengandungi mucus atau berdarah. Ianya berbeza bagi setiap perempuan. Sebarang ketidaknormalan discaj perlu dirujuk kepada doktor.
  3. Sakit pada tulang pelvik- Sakit yang tidak ada kaitan dengan kitaran haid. Ramai wanita yang mengalaminya sama ada sedikit atau sakit yang tajam yang boleh berlanjutan beberapa jam.
  4. Sakit ketika pembuangan air kecilSelalunya ia terjadi apabila kanser sudah mula merebak ke pundi kencing.
  5. Pendarahan antara kitaran haid yang normal, selepas perhubungan seks, ‘douching’ atau selepas ujian pelvik. – Terjadi kerana adanya jangkitan pada serviks semasa aktiviti ini dilakukan.
    * Ujian pelvikujian terhadap vagina, serviks dan uterus (rahim) yang dilakukan oleh doktor yang bertauliah. Wanita yang digalakkan membuat ujian ini adalah mereka yang berusia 21 tahun ke atas atau dalam masa setahun selepas melakukan hubungan kelamin pertama.
  6. Terdapat darah beku yang dikesan
  7. Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
  8. Juga berlaku pendarahan dari vagina selepas putus haid

GOLONGAN BERISIKO
  1. Wanita yang pernah dijangkiti oleh sesetengah jenis HPV dan badan tidak mampu untuk membersihkan virus tersebut.
  2. Berusia antara 35-55 tahun. Lebih separuh wanita yang didiagnosis menghidapi penyakit ini.
  3. Kebanyakan mereka terdedah kepada penyebab kanser HPV semasa masih remaja dan pada usia 20-an.
  4. Lebih ramai wanita yang dijangkiti tidak pernah membuat ujian Pap.

BAGAIMANA HPV DIRAWAT?

Sehingga kini tiada bukti rawatan untuk HPV. Majoriti individu yang dijangkiti HPV, pertahanan badan mampu membersihkan virus tersebut.

Bagaimana pun, jika badan tidak mampu melawan virus ini, maka kesan yang lebih teruk akan terjadi, iaitu kanser.

Ingatlah, terutamanya kaum wanita kerana ramai yang tidak menyedari terdapat virus ini di dalam badan kerana ia tidak menunjukkan tanda pada peringkat awal. Bagi mereka yang sudah berkahwin atau mempunyai anak, ujian awal dapat menyelamatkan diri sendiri.

Tuesday, 1 May 2012

Rahsia tuala wanita dan keburukannya!

 Kepada semua wanita,jangan abaikan gejala-gejala seperti;
* Lelehan putih
* Kulit gatal
* Berbau busuk
* Keradangan
* Sakit pinggang
* Sakit abdomen
Semuanya boleh menyebabkan penyakit ginekologi yang dahsyat seperti;
Tumor air dan Tumor malignan.

"Di Asia Pasifik,kanser serviks meragut nyawa 
seorang wanita setiap 4 minit" - WHO
"Di Malaysia,terdapat lebih dari 700 kes kematian 
kanser serviks setiap tahun" - Malaysia Cancer Society

Kanser serviks merupakan kanser umum wanita yang kedua di seluruh dunia.Selain dari ujian Pap Smear dan vaksin baru yang dapat mencegah kebanyakan kes,Pemilihan tuala wanita yang betul merupakan cara yang paling mudah dan bijak demi pencagahan.

Tahukah anda bahawa.....
1. Setiap wanita memerlukan lebih kurang 15,000 keping tuala wanita di sepanjang hayatnya.
2. Tuala wanita akan menemani seseorang wanita lebih kurang 30-40 tahun.
3. Tetapi sedihnya..lebih daripada 80% wanita tidak mengetahui bahawa: Bahan mentah untuk lebih dari 80% tuala wanita di pasaran ialah kertas litar semula!Kertas kitar semula ini akan diproses dengan pelbagai jenis bahan kimia untuk tujuan pelunturan,sterilisasi dan penyahbauan.

Ancaman dari tuala wanita yang tidak berkualiti
1. Darah haid merupakan tempat pembiakan yang sesuai untuk bakteria.Di bawah keadaan yang lembap dan panas,bakteria akan membiak dengan berkali-ganda di permukaan tuala setelah ia digunakan selama 15 - 18 minit.
2. Kajian menunjukkan bahawa dalam masa 4 minit,bakteria akan membiak melebihi kuantiti 100,000.
3. Jika tuala tidak ditukar selepas 2 jam,kesihatan akan terancam!

Memperkenalkan tuala Wanita dengan Oksigen Aktif dan Ion Negatif didatangkan dengan reka bentuk 8 lapisan unik dengan perlindungan yang sempurna.(sila klik foto untuk lebih jelas)